Salam...
Alhamdulillah sehari selepas konvo hari tu aku dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga KPLI SR J-QAF.
Alhamdulillah itulah peluang rezeki namanya.
Aku akan diinterview pada hari Khamis, 15 Disember 2011 di Hotel De Palma Inn, Shah Alam. Jam 11.00 pagi.
Macam- macam perasaan ada kat dalam diri. Gembira, takut semua ada..
Tapi takper yang penting kita cuba dulu..
Dapat tak dapat lain cerita...
Ok la...i mau study untuk prepare interview nanti...
Tuesday, December 13, 2011
Sunday, December 4, 2011
Akhirnya aku berkonvo jugak...
Pada tanggal 3 Disember 2011. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana aku dan kawan- kawan berkonvo jugak akhirnya. Kami dianugerahkan ijazah sarjana muda mengikut kursus masing- masing. Setelah 4 tahun belajar di Usim akhirnya aku berjaya mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah. Tapi yang sedih sikit sebab aku meraikan kejayaan ini tanpa ibu dan ayah. Mereka tidak dapat datang disebabkan keuzuran. Alhamdulillah aku berterima kasih kepada orang tuaku yang selama ini mendorong dan membantuku sehingga aku berjaya. Tak lupa juga kepada pensyarah- pensyarah dan sahabat handai. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA buat anda semua.
Nasa, Samsul dan Helmi sebelum masuk ke dewan konvo
Ketika dalam dewan
Bergambar di pintu masuk USIM
Bersama rakan-rakan PQS lain.
Dihadapan Canselori USIM
Subscribe to:
Posts (Atom)