Monday, November 18, 2013

Sekolah baruku


Assalamualaikum..Kali ini aku ingin menceritakan tentang sekolah baruku. 18 September yang lepas jam 4.30 petang aku telah sampai ke SK Sbangki yang terletak di Lubok Antu, Sarawak. Kedatanganku adalah untuk melapor diri bertugas sebagai guru interim j-qaf. 



Terasa begitu terasing sekali melihatkan suasana sekolah ini ditambah pula dengan penggunaan Bahasa Iban yang belum pernah aku dengar sebelum ini. nak tak nak aku terpaksa juga belajar Bahasa Iban sebagaimana aku cuba belajar Bahasa Melanau sebelum ini. 



Di sekolah ini, aku lah satu- satunya guru dari semenanjung, dan aku la juga ustaz yang pertama datang ke sekolah tersebut. Murid- murid di sini seramai 124 orang semuanya Kristian kecuali 5 orang sahaja murid Islam. 



Pada mulanya aku tinggal di kuarters guru tetapi 2 minggu sebelum bermula cuti akhir tahun aku tinggal di Sri Aman bersama isteriku. Jadi terpaksalah ulang alik dengan kereta yang baru dibeli mengambil masa satu jam sepuluh minit untuk ke sekolah. Lebih kurang 70km perjalanan. 



4 hingga 5 Oktober yang lepas sekolahku telah mengadakan mini sukaneka dan aktiviti perkhemahan TKRS sekolah di padang sekolah..Sementara 25 Oktober pula sekolah telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar murid tahun 6 ke Bandar Kuching. 



Aktiviti terakhir untuk tahun ini ialah Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah bagi murid- murid yang cemerlang pada 14 November yang lepas.


Thursday, September 12, 2013

SELAMAT TINGGAL SK SEKAAN KECHIL

Assalamualaikum.

                                                         Pintu utama SK Sekaan Kechil

Di sini aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah lama saya SK Sekaan Kechil Matu. Ini kerana aku telah dipostingkan di SK Sbangki Lubuk Antu yang terletak lebih kurang 300km dari Matu Daro.
SK Sekaan Kechil

Perasaanku begitu sebak kerana terpaksa meninggalkan sekolah ini namun apakan daya Allah telah menetapkan hanya setahun setengah sahaja aku berkhidmat untuk anak- anak kampung di sana. 

Perhimpunan mingguan sekolah

Terasa begitu cepat masa berlalu. Aku rasa aku masih baru di sana tetapi tiba- tiba kena tukar sekolah lagi. Banyak lagi yang belum aku pelajari di sana baik dari segi budaya, adat, bahasa percakapan dan sebagainya. Dulu aku pernah berjanji pada diri sendiri untuk menguasai Bahasa Melanau. Bahasa mereka begitu unik bagiku. 


Aku amat berterima kasih kepada seluruh warga SK Sekaan Kechil kerana banyak membantuku selama ini. Disanalah aku menimba pengalaman sebagai seorang guru. Guru- guru dan kakitangan disanalah juga membentukku semasa aku masih di dalam latihan dahulu terutama kepada Guru Besar, Cikgu Johari, Ustaz Zariman dan Ustazah Sharizan yang begitu banyak mengajarku tentang peranan yang perlu dimainkan oleh guru j-QAF.




 Bersama Cikgu Masdor

Ustaz Zariman (kiri) bersama Abg Udin

Kepada guru- guru lain juga terima kasihku ucapkan kepada kalian semua termasuk kerani dan pak gad sekali. Anda semua adalah keluarga baruku. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.



Daku memohon beribu - ribu kemaafan seandainya sepanjang perkenalan kita semua terdapat kesalahan yang telah diri ini lakukan terhadap kalian semua.


Kepada murid- muridku, Ustaz rindukan kalian semua. Semoga semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dunia dan akhirat. 


Kenangan kita bersama tetap di dalam ingatanku. Daku gembira kerana telah menjadi sebahagian daripada hidup kalian semua.


Wednesday, September 11, 2013

Keputusan Posting Interim j QAF



Alhamdulillah 28 Ogos yang lepas aku telah selamat ditemuduga oleh SPP di IPGK Kota Bharu. Nasib baik penemuduga santai saja dan tidak menggerunkan.



 4 September pula keluar keputusan posting interim alangkah terkejut dan bersyukurnya aku kerana aku masih kekal di Sarawak malah kali ini berdua dengan isteriku yang tercinta. Sebelum ini isteriku berkursus dan praktikum di Lahad Datu Sabah tetapi atas usaha dan doa Allah telah makbulkan dan kini beliau posting satu negeri denganku. Sehari kemudian, kami dimaklumkan untuk menghubungi JPN Sarawak untuk mengetahui penempatan sekolah masing- masing. Dengan penuh debaran isteriku menelefon dan mendapat tahu penempatan beliau di SK Stengin/Sedarat di Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak. Aku mula sedih kerana aku menyangka bahawa aku akan berjauhan lagi dengan beliau.


 Aku menyangka bahawa aku akan mendapat penempatan yang sama semasa praktikum di Matu Daro. Rupanya sangkaanku meleset kerana aku dikhabarkan mendapat sekolah SK Sbangki yang terletak tidak jauh dari sekolah isteriku. Maha Suci Allah yang menetapkan semua ini. Walaupun begitu hatiku tetap juga rasa terkilan kerana tidak dapat lagi berkhidmat untuk SK Sekaan Kechil Matu.




Monday, July 29, 2013

Selamat Pengantin Baru





Pada 27 Jun yang lepas, aku telah diijabkabulkan dengan pasanganku di masjid besar Kg Tawang, Bachok, Kelantan Darul Naim.
Doakan kami bahagia dunia dan akhirat.


Thursday, May 23, 2013

Titipan Hari Guru 2013


Tanggal 22 Mei 2013 merupakan hari terakhir aku di SK Sekaan Kechil. Tempoh belajarku selama setahun setengah telah pun tamat. Aku akan berangkat ke IPG di Samarahan bagi meneruskan interaksi selama 2 minggu termasuk Final Exam. Selepas itu aku akan pulang ke kampung dalam tempoh berapa lama tidak ku tahu. Mungkin seminggu, mungkin sebulan dan mungkin juga setahun. 

Buah tangan dari Guru Besar (pihak sekolah)

Hari ini Majlis Sambutan Hari Guru diadakan di sekolahku. Sambutan hari ini agak luar biasa kerana aku juga diraikan kerana hari ini hari yang terakhir aku disini (walaupun masih belum tahu tempat posting).

Sukaneka Hari Guru

Kali pertama aku mendapat hadiah yang banyak. Sudah tiga hari berturut- turut aku perhatikan, setiap kali aku sampai pada waktu pagi, di atas mejaku mesti ada sekurang- kurangnya satu atau dua hadiah yang baru. Hadiah dari murid- murid. 


Tetapi sebenarnya aku tidak mengharapkan apa- apa hadiah dari murid- muridku. Cukuplah dengan sekadar tulisan ataupun ucapan. Itu pun sudah cukup membuatkan hatiku terharu. Bermakna mereka juga menghargai jasa guru- guru mereka.

Apa yang lebih mengharukan, seorang murid perempuan tahun satu menangis kerana mendapat tahu aku akan berangkat ke maktab esok. Menangis bukan masalah apa, tetapi menangis disebabkan tidak sempat untuk memberi hadiah kepadaku sehinggakan ibu bapa beliau sendiri yang menunggang motor dan membawanya sendiri ke rumahku pada malam tadi semata- mata mahu menyerahkan hadiah untukku. Dah la rumah aku diorang tak kenal. Dah banyak rumah pergi baru lah jumpa rumahku. Siapa yang tidak terharu sekiranya mempunyai anak didik yang sedemikian yang menyayangi dan menghargai seorang guru walaupun baru dalam latihan.




Terima kasih kepada semua murid- murid yang memberi hadiah dan ucapan. Belajar rajin- rajin semua tawwww....Sampai jumpa lagi. 

   

Monday, April 29, 2013

PERTANDINGAN BADMINTON TERBUKA GURU MATU


Pertandingan badminton terbuka buat semua guru- guru di Daerah Matu. Ini merupakan kejohanan terbesar yang bakal aku anjurkan bagi tahun ini. Sebelum ini kami hanya menganjur liga badminton secara tertutup sahaja iaitu untuk ahli- ahli kelab kami sahaja tetapi kali ini penganjurannya lebih besar kerana mendapat sumbangan hamper yang besar dari PEMUDA di sini. Terima kasih diucapkan.


 Jadual perlawanan dah siap, tunggu nak main jer.....

 Ni gambar semasa aku menjadi johan KBGM CUP edisi ke tujuh minggu lepas. Ini adalah kali pertama aku menjadi johan setelah enam kali sebelum ini tersungkur di peringkat awal. Ranking aku dalam kelab pun dah semakin naik nampaknya. Tengok gambar kat bawah.

Ada peningkatan. Naik ke tangga kelima..walaupun x pandai main....hehe

Sunday, April 7, 2013

Bilik j-QAF SKSKM bertukar wajah

Assalamualaikum.. Pagi semalam dan hari ini aku telah disibukkan dengan satu projek praktikumku iaitu "Projek menceriakan bilik j-QAF". Aku bersama Ustaz Zariman telah bertungkus lumus menyiapkan projek tersebut dalam masa 2 hari ini...Jom layan gambar:...

 Bilik j-QAF sebelum dicat baru






Cat sudah siap, sekarang masa untuk menghias pula dengan nota- nota j-QAF


-Semoga dengan wajah baru bilik j-QAF ini, guru dan murid- murid akan lebih bersemangat untuk menjalankan P&P di sini.. Sekian......


Thursday, March 14, 2013

Hakim MTQ Zon dan Daerah 2013


Assalamualaikum. Hari ini aku ke SK Camporan Daro (SKCD) dalam memenuhi tuntutan pihak penganjur Majlis tadarus Al Quran (MTQ) peringkat daerah Daro sebagai hakim nasyid. Sekolah yang terletak di pekan daro tersebut terletak kira-kira 24 kilometer dari Matu.

Hari ini aku berjumpa ramai rakan- rakan guru lain khususnya guru-  guru dari semenanjung. Dua hari lepas juga aku dilantik menjadi ketua hakim kategori nasyid di peringkat zon Tanjung Jol yang telah diadakan di SK Bawang Tian Matu. Yang penting ada makan. bereh slaluh..hahaha

Saturday, February 16, 2013

Setahun Di Sarawak


Assalamualaikum. Hari ini 16 Februari 2013. Rupa - rupanya sudah satu tahun aku berpijak di bumi Sarawak. Sudah setahun aku berbakti mendidik anak- anak Sarawak di Daerah Matu. Teringat kembali kisah setahun yang sudah. 16 Februari 2012 aku bersama rakan- rakan seperjuangan dari IPGK Kota Bharu ditempatkan di sekolah do Negeri Sarawak. 


Datang dengan perasaan yang bercampur baur kerana belum pernah memijak bumi Sarawak sebelum ini disamping itu keadaan yang terlalu jauh dengan keluarga dan sahabat handai yang lain. Datang pula kami tidak dijemput sesiapa, kami meredah sendiri ke suatu tempat yang bernama DARO. Pertama kali datang ke Daro atau Matu diriku rasa terlalu sepi kerana terasa terlalu asing tanpa kawan- kawan di sisi. Dri situ aku mula belajar hidup berdikari di bumi yang terkenal dengan jolokan "bumi kenyalang" ini.  

Anak- anak didikku yang riang perlu dididik dengan didikan Islam yang sempurna

Friday, February 8, 2013

Demam Praktikum


Assalamualaikum...sekarang sudah masuk bulan Februari 2013.. Umurku juga sudah bertambah 13 januari yang lepas. Bermula dari 14 januari sehingga 12 April ini aku berpraktikum. 


Aku diamanahkan mengajar sebanyak 12 masa. 8 masa Bahasa Arab dan 4 masa Al Quran. Bab mengajar takde masalah, tapi yang liatnya adalah untuk buat RPH. Kadang- kadang buat RPH hingga larut malam. baru 4 minggu praktikum, buku aku dah guna nak sampai separuh dah..huuhuhu.....

Sehingga hari ini aku sudah 2 kali diobserve oleh guru pembimbing iaitu pada 21 Januari dan 25 Januari. aku juga diobserve oleh pensyarah pembimbing sebanyak 2 kali dalam minggu ini iaitu pada 6 dan 7 Februari. Pensyarah komen secara umumnya pengajaranku amat baik cuma perlu diperbaiki set induksi supaya nampak lebih menarik.