Monday, November 18, 2013

Sekolah baruku


Assalamualaikum..Kali ini aku ingin menceritakan tentang sekolah baruku. 18 September yang lepas jam 4.30 petang aku telah sampai ke SK Sbangki yang terletak di Lubok Antu, Sarawak. Kedatanganku adalah untuk melapor diri bertugas sebagai guru interim j-qaf. 



Terasa begitu terasing sekali melihatkan suasana sekolah ini ditambah pula dengan penggunaan Bahasa Iban yang belum pernah aku dengar sebelum ini. nak tak nak aku terpaksa juga belajar Bahasa Iban sebagaimana aku cuba belajar Bahasa Melanau sebelum ini. 



Di sekolah ini, aku lah satu- satunya guru dari semenanjung, dan aku la juga ustaz yang pertama datang ke sekolah tersebut. Murid- murid di sini seramai 124 orang semuanya Kristian kecuali 5 orang sahaja murid Islam. 



Pada mulanya aku tinggal di kuarters guru tetapi 2 minggu sebelum bermula cuti akhir tahun aku tinggal di Sri Aman bersama isteriku. Jadi terpaksalah ulang alik dengan kereta yang baru dibeli mengambil masa satu jam sepuluh minit untuk ke sekolah. Lebih kurang 70km perjalanan. 



4 hingga 5 Oktober yang lepas sekolahku telah mengadakan mini sukaneka dan aktiviti perkhemahan TKRS sekolah di padang sekolah..Sementara 25 Oktober pula sekolah telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar murid tahun 6 ke Bandar Kuching. 



Aktiviti terakhir untuk tahun ini ialah Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah bagi murid- murid yang cemerlang pada 14 November yang lepas.