Thursday, May 23, 2013

Titipan Hari Guru 2013


Tanggal 22 Mei 2013 merupakan hari terakhir aku di SK Sekaan Kechil. Tempoh belajarku selama setahun setengah telah pun tamat. Aku akan berangkat ke IPG di Samarahan bagi meneruskan interaksi selama 2 minggu termasuk Final Exam. Selepas itu aku akan pulang ke kampung dalam tempoh berapa lama tidak ku tahu. Mungkin seminggu, mungkin sebulan dan mungkin juga setahun. 

Buah tangan dari Guru Besar (pihak sekolah)

Hari ini Majlis Sambutan Hari Guru diadakan di sekolahku. Sambutan hari ini agak luar biasa kerana aku juga diraikan kerana hari ini hari yang terakhir aku disini (walaupun masih belum tahu tempat posting).

Sukaneka Hari Guru

Kali pertama aku mendapat hadiah yang banyak. Sudah tiga hari berturut- turut aku perhatikan, setiap kali aku sampai pada waktu pagi, di atas mejaku mesti ada sekurang- kurangnya satu atau dua hadiah yang baru. Hadiah dari murid- murid. 


Tetapi sebenarnya aku tidak mengharapkan apa- apa hadiah dari murid- muridku. Cukuplah dengan sekadar tulisan ataupun ucapan. Itu pun sudah cukup membuatkan hatiku terharu. Bermakna mereka juga menghargai jasa guru- guru mereka.

Apa yang lebih mengharukan, seorang murid perempuan tahun satu menangis kerana mendapat tahu aku akan berangkat ke maktab esok. Menangis bukan masalah apa, tetapi menangis disebabkan tidak sempat untuk memberi hadiah kepadaku sehinggakan ibu bapa beliau sendiri yang menunggang motor dan membawanya sendiri ke rumahku pada malam tadi semata- mata mahu menyerahkan hadiah untukku. Dah la rumah aku diorang tak kenal. Dah banyak rumah pergi baru lah jumpa rumahku. Siapa yang tidak terharu sekiranya mempunyai anak didik yang sedemikian yang menyayangi dan menghargai seorang guru walaupun baru dalam latihan.




Terima kasih kepada semua murid- murid yang memberi hadiah dan ucapan. Belajar rajin- rajin semua tawwww....Sampai jumpa lagi.