Sunday, May 4, 2014

Coretan Cinta


Sudah tujuh bulan aku di Lubok Antu atau Sri Aman. Aku di sini buka seorang, tapi berdua. 27 Jun 2013 kami berkahwin. Sungguh pantas masa berlalu sehingga sekarang kami bakal dianugerahkan oleh Allah SWT seorang cahaya mata. Isteriku sekarang sedang mengandung 3 bulan lebih dan dijangka bersalin bulan Oktober nanti. Alhamdulillah, aku bersyukur di atas kurniaan-Mu ini Ya Allah. Semoga semuanya baik- baik belaka.Teringat lagi semasa sampai di sini dahulu, kami sering berjauhan. Kami tidak ada kenderaan sendiri untuk berulang alik. Hanya mampu bertemu pada hari minggu sahaja untuk melepaskan rindu. Tapi sekarang kami dah dapat bersama kembali setelah diuji selama sebulan lebih kami berpisah. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Doakan semoga hubungan kami kekal ke syurga..Amin.