Sunday, December 4, 2011

Akhirnya aku berkonvo jugak...


Pada tanggal 3 Disember 2011. Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana aku dan kawan- kawan berkonvo jugak akhirnya. Kami dianugerahkan ijazah sarjana muda mengikut kursus masing- masing. Setelah 4 tahun belajar di Usim akhirnya aku berjaya mendapatkan segulung Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah. Tapi yang sedih sikit sebab aku meraikan kejayaan ini tanpa ibu dan ayah. Mereka tidak dapat datang disebabkan keuzuran. Alhamdulillah aku berterima kasih kepada orang tuaku yang selama ini mendorong dan membantuku sehingga aku berjaya. Tak lupa juga kepada pensyarah- pensyarah dan sahabat handai. TERIMA KASIH TAK TERHINGGA buat anda semua.

 Nasa, Samsul dan Helmi sebelum masuk ke dewan konvo

 Ketika dalam dewan

 Bergambar di pintu masuk USIM


Bersama rakan-rakan PQS lain. 



Dihadapan Canselori USIM


Aku bersama Maizan, Abu Baccar dan Alias.


Hari bersejarah ini akan terpahat di hatiku dan sahabat- sahabat sehingga akhir hayat.




No comments:

Post a Comment