Thursday, September 12, 2013

SELAMAT TINGGAL SK SEKAAN KECHIL

Assalamualaikum.

                                                         Pintu utama SK Sekaan Kechil

Di sini aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah lama saya SK Sekaan Kechil Matu. Ini kerana aku telah dipostingkan di SK Sbangki Lubuk Antu yang terletak lebih kurang 300km dari Matu Daro.
SK Sekaan Kechil

Perasaanku begitu sebak kerana terpaksa meninggalkan sekolah ini namun apakan daya Allah telah menetapkan hanya setahun setengah sahaja aku berkhidmat untuk anak- anak kampung di sana. 

Perhimpunan mingguan sekolah

Terasa begitu cepat masa berlalu. Aku rasa aku masih baru di sana tetapi tiba- tiba kena tukar sekolah lagi. Banyak lagi yang belum aku pelajari di sana baik dari segi budaya, adat, bahasa percakapan dan sebagainya. Dulu aku pernah berjanji pada diri sendiri untuk menguasai Bahasa Melanau. Bahasa mereka begitu unik bagiku. 


Aku amat berterima kasih kepada seluruh warga SK Sekaan Kechil kerana banyak membantuku selama ini. Disanalah aku menimba pengalaman sebagai seorang guru. Guru- guru dan kakitangan disanalah juga membentukku semasa aku masih di dalam latihan dahulu terutama kepada Guru Besar, Cikgu Johari, Ustaz Zariman dan Ustazah Sharizan yang begitu banyak mengajarku tentang peranan yang perlu dimainkan oleh guru j-QAF.




 Bersama Cikgu Masdor

Ustaz Zariman (kiri) bersama Abg Udin

Kepada guru- guru lain juga terima kasihku ucapkan kepada kalian semua termasuk kerani dan pak gad sekali. Anda semua adalah keluarga baruku. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.



Daku memohon beribu - ribu kemaafan seandainya sepanjang perkenalan kita semua terdapat kesalahan yang telah diri ini lakukan terhadap kalian semua.


Kepada murid- muridku, Ustaz rindukan kalian semua. Semoga semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dunia dan akhirat. 


Kenangan kita bersama tetap di dalam ingatanku. Daku gembira kerana telah menjadi sebahagian daripada hidup kalian semua.


Wednesday, September 11, 2013

Keputusan Posting Interim j QAF



Alhamdulillah 28 Ogos yang lepas aku telah selamat ditemuduga oleh SPP di IPGK Kota Bharu. Nasib baik penemuduga santai saja dan tidak menggerunkan.



 4 September pula keluar keputusan posting interim alangkah terkejut dan bersyukurnya aku kerana aku masih kekal di Sarawak malah kali ini berdua dengan isteriku yang tercinta. Sebelum ini isteriku berkursus dan praktikum di Lahad Datu Sabah tetapi atas usaha dan doa Allah telah makbulkan dan kini beliau posting satu negeri denganku. Sehari kemudian, kami dimaklumkan untuk menghubungi JPN Sarawak untuk mengetahui penempatan sekolah masing- masing. Dengan penuh debaran isteriku menelefon dan mendapat tahu penempatan beliau di SK Stengin/Sedarat di Lubok Antu, Sri Aman, Sarawak. Aku mula sedih kerana aku menyangka bahawa aku akan berjauhan lagi dengan beliau.


 Aku menyangka bahawa aku akan mendapat penempatan yang sama semasa praktikum di Matu Daro. Rupanya sangkaanku meleset kerana aku dikhabarkan mendapat sekolah SK Sbangki yang terletak tidak jauh dari sekolah isteriku. Maha Suci Allah yang menetapkan semua ini. Walaupun begitu hatiku tetap juga rasa terkilan kerana tidak dapat lagi berkhidmat untuk SK Sekaan Kechil Matu.