Assalamualaikum.
Di sini aku ingin mengucapkan selamat tinggal kepada sekolah lama saya SK Sekaan Kechil Matu. Ini kerana aku telah dipostingkan di SK Sbangki Lubuk Antu yang terletak lebih kurang 300km dari Matu Daro.
SK Sekaan Kechil
Perasaanku begitu sebak kerana terpaksa meninggalkan sekolah ini namun apakan daya Allah telah menetapkan hanya setahun setengah sahaja aku berkhidmat untuk anak- anak kampung di sana.
Perhimpunan mingguan sekolah
Terasa begitu cepat masa berlalu. Aku rasa aku masih baru di sana tetapi tiba- tiba kena tukar sekolah lagi. Banyak lagi yang belum aku pelajari di sana baik dari segi budaya, adat, bahasa percakapan dan sebagainya. Dulu aku pernah berjanji pada diri sendiri untuk menguasai Bahasa Melanau. Bahasa mereka begitu unik bagiku.
Aku amat berterima kasih kepada seluruh warga SK Sekaan Kechil kerana banyak membantuku selama ini. Disanalah aku menimba pengalaman sebagai seorang guru. Guru- guru dan kakitangan disanalah juga membentukku semasa aku masih di dalam latihan dahulu terutama kepada Guru Besar, Cikgu Johari, Ustaz Zariman dan Ustazah Sharizan yang begitu banyak mengajarku tentang peranan yang perlu dimainkan oleh guru j-QAF.
Bersama Cikgu Masdor
Ustaz Zariman (kiri) bersama Abg Udin
Kepada guru- guru lain juga terima kasihku ucapkan kepada kalian semua termasuk kerani dan pak gad sekali. Anda semua adalah keluarga baruku. Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
Daku memohon beribu - ribu kemaafan seandainya sepanjang perkenalan kita semua terdapat kesalahan yang telah diri ini lakukan terhadap kalian semua.
Kepada murid- muridku, Ustaz rindukan kalian semua. Semoga semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya dunia dan akhirat.
Kenangan kita bersama tetap di dalam ingatanku. Daku gembira kerana telah menjadi sebahagian daripada hidup kalian semua.
No comments:
Post a Comment