Sunday, July 17, 2011

Hakim Hari Bakat 2011

Dari kiri: MH(Mohd Helmi) dan SH (Samsul Haniff) semasa mengadili pertandingan azan.

Alhamdulillah, pada 10 Julai 2011 yang lepas, SH (Samsul Haniff) dan sahabat- sahabat telah diundang untuk menjadi hakim pada HARI BAKAT bagi pelajar PASTI kawasan Seremban yang berlangsung di Masjid Kuarters KLIA, Nilai. Pelbagai acara dipertandingkan antaranya nasyid, azan, bercerita, bersajak, berkhutbah, hafazan dan banyak lagi. SH dan sahabat Mohd Helmi telah memilih untuk mengadili pertandingan azan, manakala Majdi dan Zakiri pula memilih pertandingan khutbah. 


Majdi dan Zakiri (hakim pertandingan khutbah

Pertandingan azan disertai oleh sembilan peserta yang datang dari pelusok Seremban. SH mengadili bahagian suara dan adab semasa azan manakala Helmi bahagian penyampaian. Bermacam- macam gelagat dan ragam adik-adik semasa pertandingan dijalankan. Ada yang terlalu konfiden, ada yang malu-malu sehingga tak terkeluar pun suaranya sehingga ketua hakim memberi peluang kedua untuk beliau. Tapi majoritinya suara adik-adik semasa melaungkan azan memang sedap. Kalaulah dikekalkan pertandingan sebegini nampaknya kita dapat melahirkan lebih ramai muazzin yang hebat di negara kita. 

Peserta yang memenagi setiap kategori pertandingan membuat persembahan sekali lagi.

SEKIAN TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment