Program Persediaan Menyambut Ramadhan dan Qiamullail merupakan sumbangan terakhir Ustaz Zakiri buat anak-anak didik di Maahad Ummu Aiman. 31 Julai bersamaan 29 Syaaban beliau berangkat ke Pahang untuk berkhidmat di sana. Apa yang menyentuh hati saya ialah luahan hatinya di facebook beberapa hari sebelum meninggalkan bumi Seremban ini. Antara apa yang dinukilkan ialah pesanan buat anak muridnya seperti:
"selamat tggal ank2 muridku..kenangan bersama kamu semua ustaz akn igt smpai bla2...pesan ustz,jgn byk main...bykkn usaha..insyaallah boleh...nothing imposible..maafkan segala salah ustz selama bersama kamu..berat sgt hati ustz nk tggal kamu semua smpai ust lupa segalanya..for thn 5..usaha lebih dpt 8A for UPKK..doa ust bersama kamu..yg pentg..jaga adab kamu semua..insyaallah menjadi org berguna kelak..for- farah, tasha,nurul natasha,balqis,ai,ai.,aiman,shakirin,amar,mizi,daniel,ummu,ain,anisya,aza,zatul,fatihah,yasarah,danish,syafiq,amierul.. kenanglah jasa gurumu n tisya,dh byk berubah ust tgk..good..n all student maahad ummu aiman senawang...i love u all forever..(.'')"
Amanat melalui facebook pada 28 Julai 2011.
"luahan hati seorang murid bla gurunya mahu pergi " ust..jgnlah pergi...nnti sape nk gnti..sape nk ajar kami lgi..sape nk bt air kt kami...2 ayt yg x blh lupa tu.. mcm2 pertanyaan dari mereka..trasa sedih plak nk tnggalkan diorg nie..dalam dilema...(",).tggal shari lgi bersama diorg".
Ini pula ditulis pada 27 Julai 2011
Dan disediakan juga antara komen anak-anak didik beliau.
Diharapkan anda semua sebagai anak murid menghargai jasa dan pengorbanan Ustaz Zakiri yang selama ini tanpa jemu mencurah bakti mengajar dan melayan kerenah anda sekalian. Doakan kebahagiaan dan kejayaan buat guru-guru anda.
KENANGAN... Detik-detik terakhir Ustaz Zakiri bersama anak-anak didik di Kafa Ummu Aiman.
No comments:
Post a Comment