AHAD bersamaan 7 Ogos yang lepas, SH dan rakan sekerja guru lelaki dan perempuan ke KL untuk shoping raya. kami menaiki van sekolah Ummu Aiman yang bewarna kelabu. Destinasi kami ialah jalan TAR. Selepas itu ke Masjid TNB untuk berbuka puasa sebelum menunaikan solat terawih di Masjid Wilayah. Selepas menunaikan solat terawih kami ke Kg baru dan setelah itu baru pulang ke Seremban.
Namun begitu kami dikejutkan dengan satu kejadian yang tak diduga ketika jam 12tghmalam. Tiba-tiba sahaja van yang dinaiki rosak pada gearbox dan menyebabkan tayar belakang van tidak bergerak. Bayangkan van tengah memecut lebih kurang 80km/jam di highway plus berdekatan tol Nilai ini tetiba jer tayar jem menyebabkan pemandu hilang kawalan sehingga berputar. Nasib baik tiada kereta sebelah tepi dan nasib baik juga tidak merempuh penghadang jalan. Selepas itu kami semua keluar dan mendapatkan bantuan dari peronda plus. Selepas itu van diangkut menggunakan lori dan dihantar ke bengkel Senawang. Kami sampai di rumah jam 3 pagi dan terus bersahur. Begitulah pengalaman di bulan Ramadhan.
Moral of the story: Berdoalah sebelum naik kenderaan dan pastikan kenderaan dalam keadaan baik sebelum bergerak. Jangan juga kita berasa selesa dengan kehidupan kita sekarang. Bila-bila masa kita boleh menerima nasib malang kerana malang memang tidak berbau.
No comments:
Post a Comment