Wednesday, August 24, 2011

New experience (diinterview)

Assalamualaikum.Alhamdulillah Isnin lepas SH telah dipanggil temuduga guru Kafa di Mains. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tetapi sebelum tu bukan main kalut lagi semasa isi borang SH je yang tak bawak gambar paspot. nasib baik la cek-cek dalam dompet ada gambar kat lesen L. Apa lagi, potong gambar kat lesen tu dan tampal pada borang tersebut. Pengembilan guru kafa diuji oleh ujian bertulis dan ujian lisan. masing-masing 50 markah. 

Masa sesi temuduga Ustaz Mansor sebagai penemuduga tanya soalan-soalan yang agak mencabar jugak la. Komen sal wahabi la. Suruh baca Surah mengggunakan riwayat warsy la. Nasib baik ingat lagi sikit-sikit. pape pun Sh berpuas hati dengan sesi temuduga ini.

Petang tersebut SH dan sahabat-sahabat sekerja berbuka di majlis berbuka puasa bersama keluarga Maahad Ummu Aiman di Restoran Sri Aden yang terletak di Bandar Kota Warisan. tak jauh sangat pun. Best jugak berbuka ramai- ramai. Siap dapat duit raya lagi dari pihak sekolah. :-)

No comments:

Post a Comment